Manisnya Rambutan Kampung mengisahkan Mak Engku Tuan Wok, seorang wanita tua yang mempunyai semangat yang kental dan kegigihan dalam mempertahankan warisan tradisi turun-temurun yang diwarisinya. Malangnya, anak-anak Mak Engku Tuan Wok langsung tidak mengikut semangatnya dan sering sahaja mengetepikan tradisi yang diamalkan bertahun lama. Pulang menziarahi juga jarang-jarang. Disebabkan kesunyian, Mak Engku Tuan Wok mengambil dua beradik yatim piatu, Syafiq dan Iqbal, sebagai keluarga angkatnya. Segala rasa kasih dan sayang dicurahkan kepada mereka sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam hati anak dan cucunya sendiri. Pelbagai masalah timbul dalam keluarga kecil Mak Engku Tuan Wok. Mampukah Mak Engku Tuan Wok mengekalkan warisan tradisinya dan hubungan baik ahli keluarganya? Masih maniskah perhubungan kekeluargaan ini, semanis rambutan kampung? Dapatkan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini di pasaran hari ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1075531
    Visit Today : 674
    This Month : 23784
    Total Visit : 1075531
    Hits Today : 3279
    Total Hits : 4423073
    Who's Online : 19
  • Kategori